Kamis, 10 Juni 2010

* Harga Diri Manusia

Harga Diri Apakah yang dimaksudkan dengan harga diri?
Harga diri adalah satu cara di mana kanak-kanak menilai diri mereka sendiri.
Apakah ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai harga diri
yang tinggi?
Kanak-kanak ini :
• Mudah berkawan
• Berminat untuk melakukan aktiviti-aktiviti baru
• Mudah bekerjasama dan patuh pada arahan
• Boleh mengawal perlakuan
• Bermain sendiri dan bersama rakan-rakan lain
• Mempunyai idea-idea tersendiri dan kreatif
• Riang, bersemangat dan mudah berinteraksi
Apakah ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai harga diri
yang rendah?
Mereka :
• Tidak ceria
• Kurang keyakinan diri
• Perasaan tidak berguna
• Sentiasa berasa letih dan penat
• Sering memikirkan perkara-perkara yang tidak baik
• Rasa rendah diri
• Sering gagal di sekolah
Apakah faktor-faktor positif perasaan harga diri?
Faktor-faktor yang menyumbang kepada perasaan harga diri :
• Kasih sayang
• Keselamatan
• Panduan
• Penghargaan
• Galakan
Bagaimanakah anda dapat membantu anak anda untuk
membina perasaan harga diri yang tinggi?
Anda harus :
• Berikan pujian pada setiap kejayaan walaupun kejayaan yang kecil
• Berikan kasih sayang yang ikhlas
• Tunjukkan minat pada setiap masalah,aktiviti atau projek yang dilakukan oleh anak
anda
• Menerangkan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan
• Cuba elakkan segala perlakuan negatif dan bunga-bunga kemarahan
• Beri penghargaan atas segala bantuan dan kerjasama yang diberikan atau apa-apa
pertuturan yang sopan
• Balaslah dengan sifat kasih sayang atas segala perlakuan yang baik
• Sekiranya anak anda melakukan sesuatu yang tidak anda senangi, asingkan yang
negatif darinya pisahkan perangai yang tidak menyenangkan dari dirinya. Umpamanya
‘ibu tidak suka anda membaling-baling permainan, tetapi ibu tetap menyayangi
mu’
Faktor-faktor yang boleh menjejaskan perasaan harga
diri di kalangan kanak-kanak
• Menaruh harapan yang terlalu tinggi atau terlalu rendah ke atas anak-anak
• Memarahi atau mengherdik anak-anak terutamanya di hadapan orang lain
• Memanggil anak-anak dengan perkataan lembab, bodoh, malas dan sebagainya
• Terlalu membela atau tidak mengendahkan anak-anak

Tidak ada komentar:

Posting Komentar